// Hello
SweetOwner


Hello pepps and Assalamualaikum! speaking here is Ieyrin.Do follow and leave your footprint on my tagboard :) Be nice here


Diary About Link Stuff


Big Foots !

Put your CBOX codes here!


CREDIT!


Template: HaniOwn
Big Helped: illy squirrel
Header: Aina
Edit By: Ieyrin


merepek meraban :/



assalamualaikum dan salam sejatera semua :) hai... dah lama aku x update baby bloggie aku nie... kesian dia dah berhabuk... whhhooaaa :O hurmp , macam biasa lha kerja aku nak bersihkan baby bloggie nie comel2 :) toingg toingg... ape lha tajuk aku kali nie... sedih ? mybe ade sikit... happy ? mybe ade kot... haha :D


aku nk story nie pasal semalam 13.04.2012 , ahad :) aku balik seremban aku amik semua barang2 aku kat sana sebab aku dah habis belajar kat sana... hurmp... tapi semalam aku last jumpa budak2 rumah aku... ain , kak long dengan fyQa... tyQa , nisha , ieka , merah , kak eton dengan kak erin x dapat jumpa...


sumpah sedih gila nak tinggalkan korang... semalam aku salam , peluk ain , kak long dengan fyQa aku nak menangis... hurmp :'( aku sentiasa merindui korang semua... dah 2 tahun aku hidup dengan korang , korang dah banyak mengajar aku... tapi tuh lha sedih x dapat jumpa tyQa , nisha , ieka , merah , kak eton dengan kak erin...


aku terharu gila dapat kawan macam korang... ya rabbi , hamba allah nie punya lah sebaik kawan... pernah banyak kali mase dulu first masuk kolej , jalan kaki pergi tasik ramai2 , nak makan malam kogsi2 duit...



sahabat karib bukan tentang berapa kali kau nak ulang *dorang bestfriend aku* sampai beratus-ratus kali , sahabat karib adalah kawan yang lalui susah senang sama , gaduh gelak sesama , walaupun sampai satu masa kawan memulakan hidup baru , aku masih genggam erat kenangan lama , dan kau selalu tanya khabar tanpa lupa...

**********************

dari dulu smpai sekarang , kiteorang semua akrab , baik kawan karib , kawan seasrama , kawan serumah sewa , kawan sekepala , kawan sekolej... macam-macam perkara kiteorang lalui bersama... tapi kiteorang semua ada 'Metual Respect'...

"eah kejap... sebelum kakak sambung merepek meraban , nak tanya Metual Respect ape kakak ?"

"Metual Respect itu adalah saling hormat menghormati hak masing-masing... ok , duduk diam2 jangan bising... kakak nak sambung merepek meraban lagi nie"

tapi kiteorang semua ade metual respect , iaitu kiteorang tidak akan melangkau batas individu masing2... kiteorang tidak akan sibuk-sibuk menghasut kawan-kawan kiteorang tentang dengan siapa mereka harus berkawan , berkasih , bermadu , berpakwe dan bersosial...

bagi kiteorang , seakrab mane pun hubungan kawan , ia sama sekali tidak akan menjadi lesen untuk kau menjadi "Friends Law Enforcement Officer"... kiteorang tak mempunyai hak untuk bagi tau kau patut kawan dengan siapa , kau patut bawa atau tidak pakwe kau lepak dengan kiteorang atau samada kau patut pilih antara kiteorang atau pakwe kau...

bagi kiteorang , jika kami sudah menerima seseorang itu menjadi kawan akrab kiteorang , maka kiteorang harus juga menerima sesiapa sahaja pilihan hatinya untuk bersosial dengan kiteorang... walaupun banyak kali juga kiteorang tersilap memilih pasangan , namun itu adalah haknya... itu adalah proses remaja dewasa dalam bereksperimen tentang fitrah manusia bercinta...

antara kiteorang dulu , kiteorang tak ada pula nak kenen-kenen perli pasal kawan pergi dating atau amount of time yang kawan terpaksa bahagikan antara kekasih dengan kawan... mungkin ada sekali sekala , tapi itu gurauan semata-mata dan gurauan itu tak ada pula menjadi kerap sehingga menukarkan gurauan menjadi sesi sentap menyentap...

pada pendapat aku , kawan yang meletakkan kawan di dalam dilema memilih antara kekasih dan kawan adalah bukan seorang kawan yang bagus... dan kawan yang meletakkan kawan di dalam dilema ini adalah seorang kawan yang tamak , yang mahu kawan dia hanya exclusive untuk dirinya...

sepatutnya sebagai kawan , kau raikan kebahagiaan kawan kau , kau berikan masa dan ruang kepada kawan kau untuk merasai cinta... cinta yang tidak dapat ditawarkan sesama kawan karib , sebaliknya perasaan cinta itu hanya boleh discover dengan kekasih , apa kata kau beralah sikit dan kongsi kawan dengan orang lain...

kau perlu ingat , sahabat karib kau mungkin juga adalah sahabat karib kepada orang lain... jangan tamak dan jangan menjadi pegawai penguatkuasa kawan-kawan...

persahabatan adalah tentang :-

1. korang menerima baik dan buruk aku...
2. korang tidak menghina kekurangan aku semata-mata nak membuatkan korang nampak hebat...
3. korang tak memberi arahan dalam sesi melepak dan bergaul...
4. korang menerima pasangan aku sebagai persahabatan korang juga...
5. korang bahagia dengan kebahgiaan aku...
6. korang tidak judge aku sehingga bertahun hanya kerana satu silap yang pernah aku lakukan...
7. korang faham perasaan aku sama macam korang mahu aku faham perasaan korang...
8. korang bersedia untuk berkongsi kawan korang dengan kawan aku yang lain...
9. korang tidak cepat melatah dengan khabar angin , tapi korang nak dengar penjelasan dari aku sendiri...
10. korang tidak malukan aku dengan kelemahan diri aku di hadapan kawan , keluarga dan semua orang...

persahabatan karib itu berbeza dengan kawan biasa... walaupun suatu masa nanti kawan karib melangkah ke kehidupan berteman dan berkeluarga... aku akan bahagia melihat korang bahagia... hargailah kawan-kawan kerana kawan aku sentiasa ada untuk sokong korang walaupun kadang-kadang ia merenyahkan hidupnya...



jangan menangis untuk seseorang yang tak pernah menangis untuk kita...


you are my sister and my family :)

> KAWAN tu bukan macam main FUTSAL , mula-mula kejar , dah dapat SEPAK...
> KAWAN tu bukan macam main SKATE , mula-mula gosok ,  lepas tuh PIJAK...
> KAWAN tu bukan macam main RAGBI , mula-mula tangkap , dah dapat TENDANG...
> KAWAN tu bukan macam PAMPERS , dah pakai , lepas tuh BUANG...
> KAWAN tu bukan macam BARANG KEMAS , waktu baru beli pakai , dah sengkek GADAI...
> KAWAN tu bukan macam PELANGI , hari cerah tak ada , hujan gerimis baru MUNCUL...
> KAWAN tu bukan macam KERATA , rosak sikit , jual , ambil kereta BARU...
> KAWAN tu bukan macam CHIPSMORE , kejap ade kejap tak ada...
> KAWAN tu bukan macam BANK , bila dah tak ada duit , pergi kat sana ambil...


> KAWAN tu macam apa ya ? haaa , kawan tu macam korang lha... bila aku hantar mcg , korang akan baca mcg aku dengan teliti sampai habis... walaupun tanggapan orang tentang kawan... bagi aku , kawan itu PENTING... seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis , sedih , berduka dan sebagainya... kawan yang sejati adalah kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara... yang penting , seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan-kawannya... :)


ok , dah... penat aku perah otak cari ayat... punya lah panjang... lol -,- k ah malas nk merepek meraban lagi kat sini... babai , i miss u and i love u alls :) assalamualaikum...